Home Berita PAS Sarawak

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PAS Sibuti Meriah

580
SHARE

 

Bekenu, 23 July 2017 telah berlangsung Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PAS Kawasan Sibuti bertempat di Kg Kelapa, Bekenu.

Program yang bermula pada jam 1 tengah hari itu telah mendapat sambutan meluas dari seluruh masyarakat setempat. Pgrm bermula dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sibuti, En Butir Bakar dan disusuli oleh tazkirah oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Sdr Arifiriazul Paijo.

Majlis yang julung kali diadakan di sini disifatkan sebagai meriah dan mendapat sambutan sangat mengalakkan terutama dari golongan muda sekitar Bekenu

PAS Sibuti merakamkan ucapan terima kasih kepada semua masyarakat setempat yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri tahun ini.

Program di akhiri dengan ucapan penutup oleh Sdr Mukhtar Suhaili, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Tuan Hj Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sejahtera Bersama Islam

Butir bin Bakar
Yang Dipertua PAS Kawasan Sibuti

 

{jathumbnail off}