Home Artikel PAS Perlis

Rumah Terbuka Aidilfitri Medan Merapatkan Silaturrahim

524
SHARE

PADANG BESAR : Meskipun memasuki fasa-fasa akhir Syawal, tradisi penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tetap diteruskan. Terbaru, PAS Kawasan Padang Besar telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada 23 Julai 2017, bertempat di Kompleks Tarbiyah PAS Bukit Kerang (KOMTAR), Beseri, Perlis.

Majlis pada hari tersebut bermula pada jam 8 malam, dimeriahkan dengan kehadiran para pimpinan PAS seperti Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Cikgu Mohd Shukri Ramli serta YDP PAS Padang Besar, Saudara Kamis Yub.

Turut sama memeriahkan majlis adalah Jawatankuasa PAS Padang Besar, wakil-wakil daripada Urusan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS kawasan tersebut serta masyarakat setempat.

Kehadiran pada malam tersebut dianggarkan seramai 300 orang.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, serta slot tazkirah yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hashim Jasin. Usai tazkirah, para tetamu telah menikmati juadah yang telah disediakan.

Apa yang menariknya, para pengunjung bukan sekadar hadir untuk menikmati juadah semata-mata, bahkan memanfaatkan majlis seperti ini untuk beramah mesra dengan para pimpinan PAS serta sesama mereka.

{jathumbnail off}