Home Artikel PAS Kedah

Majlis Penutup Kem Sahsiah Guru SRITI

346
SHARE

SIK – SRITI Negeri Kedah telah melangsungkan Majlis Penutup Kem Sahsiah Guru SRITI Kedah di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau, Sik kelmarin.

Majlis ini turut dihadiri oleh Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad bagi menyempurnakan acara penutupan Kem Sahsiah Guru.

Seramai 29 orang guru SRITI dari seluruh negeri Kedah telah berjaya menyertai Kem tersebut, selepas tapisan dari 100 orang hingga 50 orang hanya yang mencapai hanyalah 29 orang.

Beliau yang juga merupakan Pengarah SRITI Negeri Kedah itu berkata, “Tahniah kepada semua yang terlibat bagi membantu menjayakan kem ini terutamanya guru-guru, rakan Jabatan Amal dan pimpinan SRITI,

“Saya harap, semua guru yang telah mengikuti siri kursus ini akan terus berusaha menambah ilmu, pengalaman dan kemahiran bagi melengkapkan diri menjadi seorang murobbi,

“Semoga usaha yang dipamerkan akan terus dibantu dan diberkati oleh Allah SWT”, ujar beliau sebelum merasmikan majlis tersebut.

Kem Sahsiah Guru (KSG) SRITI Kedah ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam dan peserta turut berkampung di sini selama tempoh tersebut.