Home Artikel PAS Johor

MAJLIS KHATAM AL QURAN & IFTAR ERATKAN PERPADUAN UMMAH PAS & UMNO MUAR

143 views
SHARE

MAJLIS KHATAM AL QURAN & IFTAR ERATKAN PERPADUAN UMMAH PAS & UMNO MUAR

MUAR – Buat julung kalinya, melalui program khatam al quran & iftar, PAS dan UMNO bersama-sama berkongsi mengisi program untuk lebih mengeratkan lagi tali ukhuwah yang telah bersambung.

PAS Kawasan Muar memenuhi undangan Majlis Khatam Al Quran Perdana anjuran UMNO Bahagian Muar pada 22 Mei lalu yang diadakan di Bangunan UMNO Muar.

Turut mengisi slot program ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussin yang menyampaikan tazkirahnya selepas majlis khatam selesai.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Muar, Dato Razali Ibrahim yang juga Ahli MT UMNO, Puan Zaiton Ismail, ADUN Sungai Balang, YDP PAS Kawasan Muar, Hj Abd Aziz Talib, Ketua Pemuda, Ustaz Ridzuan Nazri, Ketua Muslimat, Puan Norhayati Sulaiman serta beberapa ahli pimpinan UMNO dan PAS Muar.

Terdahulu sehari sebelum itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Puan Fatimah Ismail telah bersama-sama menyertai program khatam al quran dengan menyampaikan tazkirah dhuha. Program adaah anjuran Wanita Umno Bahagian Muar yang diadakan di Masjid Seri Menanti. Hadir sama ialah ADUN Sungai Balang, Puan Zaiton Ismail.