Home Rencana PAS Selangor

MAT : Medan muhasabah terbaik buat semua penggerak PAS Gombak – PAS Kawasan Gombak

22
SHARE

May be an image of 1 person, standing and text that says "MESYUARAT AGUNG TAHUNAN: MEDAN MUHASABAH TERBAIK BUAT SEMUA PENGGERAK PAS KAWASAN GOMBAK MAT kali ini akan membuka peluang kepada saf kepimpinan baharu mencorak strategi baharu dalam usaha PAS Gombak kelak menghadapi PRU ke-15 yang bakal menjelang tiba apatah lagi dengan perlaksanaan undi 18 tahun. Mohamad Suffi Kamari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak #www.pemudagombak.com PemudaGombak COvn DPPG TV NÜMED MEDIA HAKU -"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Mohamad Suffi Kamari
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Gombak akan berlangsung pada hari esok Sabtu 16 Oktober 2021. Mesyuarat kali ini memperlihatkan proses pemilihan bagi saf kepimpinan baharu sesi 2021/2023.

Adalah diharapkan para muktamirin menjadikan MAT PAS Kawasan Gombak sebagai medan muhasabah dan koreksi setiap tindakan, strategi dan pendekatan kita selama ini.

Proses pemilihan dan memanfaatkan ruang sistem demokrasi yang dibenarkan perlembagaan PAS adalah sebuah proses biasa dan kematangan kita dalam berorganisasi. Hakikatnya ialah kebijaksanaan para ahli khsusunya di cawangan cawangan untuk menjalankan tanggungjawab yang terbaik memilih yang terbaik agar saf kepimpinan baharu Pas Kawasan Gombak yang segar dan ampuh dalam menghadapi badai mendatang.

MAT kali ini akan membuka peluang kepada saf kepimpinan baharu mencorak strategi baharu dalam usaha PAS Gombak kelak menghadapi PRU ke-15 yang bakal menjelang tiba apatah lagi dengan perlaksanaan undi 18 tahun.

Seruan ikhlas ialah akhirnya setelah selesai semua agenda MAT dan para ahli PAS Kawasan Gombak merapatkan saf dan kekuatan kita memberi sepenuh wala’ dan thiqah pada kepimpinan baharu yang akan memimpin kawasan Gombak kelak.

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian khusus ialah seluruh ahli PAS Gombak merapatkan tautan ukhwwuah dan keharmonian kita dalam melaksanakan agenda gerak kerja jemaah harakatul ummah ini.

Ayuh para abnaul harakah, kita ikhlaskan diri, bulatkan tekad dan betulkan niat kita agar ikhlas meniti jalan perjuangan penuh berliku ini. Kepimpinan yang kuat, segar dan terbaik kelak akan memberi natijah yang baik kepada hala tuju PAS Kawasan Gombak kelak.

Selamat bermesyuarat dan laksanakan tanggungjawab pemilihan kali ini dengan sepenuh keikhlasan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor