Home Berita PAS Pulau Pinang

Majlis Ihtifal PASTI Kawasan Jelutong Meriah

1653
SHARE

Majlis Ihtifal PASTI Kawasan Jelutong Meriah

Sungai Pinang, Ahad 19 November 2017 – Majlis Sambutan Ihtifal Pasti al-Kahfi Kawasan Jelutong telah disambut dengan cukup meriah harini. Majlis yang bermula seawal 2 petang untuk sesi pendaftaran telah di adakan di Kompleks Balai Rakyat Sg Pinang.

Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En Mustaqim bin Yahya selaku Pengerusi Pasti Kawasan Jelutong seterusnya upacara perasmian telah disempurnakan oleh En Yaacob bin Omar selaku Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Tanjong.

Selain itu majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Pas Kawasan Jelutong, Ustaz Imran bin Saad, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong , Puan Salbiah binti Ishak. serta Pengarah Penerangan dan Pilihanray a PAS Kawasan Jelutong, Saudara Sarfaraz Ahmad

Majlis Ihtifal Pasti Kawasan Jelutong disambut setiap tahun bagi meraikan pelajar 6 tahun yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat prasekolah di pasti. Seramai 58 pelajar PASTI yang menyertai ihtifal kali ini.

Pelbagai persembahan menarik daripada pelajar-pelajar telah menceriakan lagi majlis pada petang ini. Ternyata aksI serta telatah mereka yang comel di pentas telah berjaya mencuri perhatian serta menghiburkan para ibu bapa yang hadir.

Kemeriahan terserlah lagi dengan pelbagai gerai jualan makanan di sekitar dewan. Selain itu, Jabatan Amal Malaysia turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma sepanjang majlis berlangsung.

Majlis Ihtifal pada petang ini di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar pasti yang cemerlang serta penyampaian cenderahati kepada semua pelajar 6 tahun.