Home Artikel PAS Pulau Pinang

Pasti Mujahadah Mengorak Langkah Ke Hadapan

1150
SHARE

Oleh : NOOR WAHEEDA MUNIRA BT MOHD SABRI

Balik Pulau : Ahli Majlis Syura PAS Pusat, Ustaz Dato` Haji Taib Azamudden Bin Md Taib yang ditemani isteri telah meluangkan masa merasmikan Majlis Konvokesyen dan perasmian bangunan baru PASTI Mujahadah, Kuala Sungai Pinang yang diadakan pada 19 November 2017. Majlis tersebut diadakan di Dewan JKKKP Kuala Sungai Pinang pada jam 9.00 pagi.

Ketibaan Dato’ diiringi oleh Pengerusi Qariah Sungai Pinang, Tuan Haji Zakaria. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusoff yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau.

Di dalam majlis tersebut, Dato turut menyempurnakan gimik perasmian dengan menandatangani plak perasmian yang turut disaksikan oleh kesemua tetamu jemputan, pihak waris, murid-murid PASTI dan masyarakat Kuala Sungai Pinang yang begitu teruja menanti ketibaan Dato` seawal jam 8.30 pagi di dewan. Dato turut berbesar hati untuk menyampaikan skrol tamat pengajian kepada kesemua murid 6 tahun.

Selain itu, dato turut menyampaikan ucapan yang ringkas dan padat dihadapan tetamu yang hadir. Antara intipati ucapan dato adalah mengenai kepentingan didikan agama seawal dari kanak-kanak serta tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak.

Pada majlis tersebut juga, Dato telah di bawa bersama tetamu kehormat yang lain melawat ke bangunan baru PASTI Mujahadah yang mempunyai 2 tingkat yang menelan belanja hampir RM30,000. Bangunan baru PASTI Mujahadah merupakan kediaman Dato` sendiri yang diberi kebenaran untuk meneruskan legasi serta perjuangan pendidikan agama kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun.

Masih ramai yang tidak mengetahui penglibatan dato sebagai penyumbang terbesar dalam merialisasikan pembinaan bangunan baru PASTI Mujahadah yang semakin baik dari segi infrastruktur. Inilah hadiah istimewa Dato’ untuk PASTI Mujahadah dalam melahirkan pejuang-pejuang islam di masa akan datang.

Bangunan baru PASTI Mujahadah telah pun beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun yang lalu. Dengan perpindahan ke bangunan baru ini, kesemua guru dan murid-murid 4, 5 dan 6 tahun dapat belajar dalam suasana yang lebih baik, selesa dan serba lengkap jika dibandingkan dengan bangunan yang terdahulu.

Pihak PASTI Mujahadah juga sentiasa menambahbaik sistem pengajaran dan pembelajaran murid-murid ke tahap yang lebih baik berbanding dulu. Selain daripada pengajian pra-sekolah, pihak PASTI Mujahadah juga menawarkan pengajian Kelas Al-Quran pada waktu malam dari kanak-kanak sehingga dewasa pada kadar bayaran yang berpatutan. Kelas ini dikendalikan oleh guru-guru yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang Al-Quran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan PASTI Mujahadah, sila layari laman sesawang ‘facebook’ iaitu PASTI MUJAHADAH KUALA SUNGAI PINANG. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank (081 378 732 PASTI Mujahadah Sungai Pinang) atau berhubung dengan Encik Azhar (010-336 1706) atau Siti Khadijah Othman (019-400 3707).