Home Kenyataaan Media PAS Perak

Eksplorasi Rakit Bina Ketahanan Diri Anak Muda

852
SHARE

Eksplorasi Rakit Bina Ketahanan Diri

KUALA KANGSAR: Aktiviti lasak yang mencabar sentiasa menjadi pilihan anak muda terutama bagi mengisi masa lapang sebagai hobi atau persediaan dalam menghadapi situasi tertentu.

Pemuda PAS Kuala Kangsar telah mengambil peluang menganjurkan program Eksplorasi Rakit Sungai Perak di Dataran Persisiran Sayong yang berlangsung selama 2 hari, 18 November lalu.

Program dibawah seliaan Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS Kuala Kangsar tersebut berjaya mencapai 25 penyertaan termasuk petugas Jabatan Amal.

Sebanyak 3 rakit digunakan dalam jelajah itu bermula seawal 9.45 pagi dan tiba di destinasi pada jam 1.40 petang di Bukit Pacat, Ara Panjang, Manong.

Antara objektif penganjurannya adalah untuk menghimpunkan jentera pemuda di peringkat UPU dan JPC bagi merasai aktiviti survival serta cabaran merentasi sungai.

Selain itu dapat mempersiapkan jentera pemuda yang memiliki kekuatan serta ketahanan fizikal dan mental.

Eksplorasi Rakit Sungai Perak telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Khairul Anwar Zulkifli.

Acara itu dikendalikan sepenuhnya oleh dua orang jurulatih bertauliah bersama Alternative Outdoor Club yang merupakan salah satu unit dalam DACS.