Home Berita PAS Kedah

Majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan dan solat terawih

155
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP, 24 April – Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz menerima jemputan Majlis berbuka puasa di Sekolah Agama Al Khairiah, Pedu.

Pihak Sekolah telah menyampaikan sumbangan kepada Ydp Azam selaku mantan Pengerusi PIBG Sekolah Agama Al Khairiah.

Sejurus selepas majlis penyampaian dan berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah Ustaz Azam terus ke Masjid Kuala Pai bagi menunaikan solat isyak, terawih dan juga menyampaikan tazkirah.

“Bulan Ramadhan ini bulan yang penuh keberkatan, kita lakukan amalan baca Al Quran dan solat sunat terawih. Buat yang sunat sikit tetapi ganjarannya besar dan rebutlah peluang pahala di malam lailatulqadar,” ujar YDP Azam dalam tazkirah ringkas beliau.

Turut hadir bersama ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Rejab Saad, Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam dan Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap.