Home Berita PAS Johor

Majlis Bantuan Kepada Keluarga Miskin

1026
SHARE

 

Majlis Bantuan Kepada Keluarga Miskin Mendapat Tempat Di Hati Masyarakat

PASIR GUDANG :  10 Jun 2017.

Oleh: Shamshainy

Usaha dan kerja-kerja di bawah Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pasir Gudang dan badan NGO PG Care telah dilipat gandakan dalam bulam Ramadhan ini dalam membantu masyarakat yang hidup di paras kemiskinan tegar. Program kebajikan yang dianjurkan ini mendapat respon yang baik dari penduduk setempat di mana kutipan dana untuk membeli barangan keperluan untuk keluarga miskin dapat dikumpulkan dalam masa yang begitu singkat.

Lajnah Kebajikan PAS Pasir Gudang telah mensasarkan lebih 100 keluarga miskin yang telah dikenal pasti di sekitar Pasir Gudang untuk menerima bantuan sempena bulan Ramadhan ini. Barangan keperluan seperti beras, tepung gandum, gula, susu, minyak masak dan lain-lain lagi akan diagihkan mengikut cawangan. Selain barangan keperluan pakaian baru untuk menyambut hari raya juga telah diagihkan sekali.

NYDP PAS kawasan Pasir Gudang Sdr. Abdul Aziz merangkap pengerusi PG Care dan naib pengerusi PG Care En Muhammad Hazri Abdul Gahni turut sama mengagihkan barangan keperluan ini kepada 10 keluarga miskin di Taman Scientex Pasir Gudang. Majlis agihan barangan bantuan dan pakaian baru ini telah dibuat pada jam 6.00 ptg sebelum waktu berbuka puasa di perkarangan surau Al-Ikhlas. Pihak ahli jawatan surau juga telah menyediakan juadah berbuka puasa sempena majlis ini. Para petugas PAS & PG Care telah berbuka dan bersolat trawih bersama masyarakat dan jemaah setempat.

Menurut Sdr Aziz dalam ucapan ringkasnya sebelum majlis penyerahan “Usaha ini dilakukan atas satu kajian yang telah buat di mana pertambahan keluarga miskin dan “mudah miskin” semakin bertambah kerana harga barangan keperluan harian semakin meningkat dan ramai yang telah menganggur akibat telah dibuang kerja. Selain itu bantuan ini juga disalurkan kepada ibu tunggal yang tiada punca pendapatan yang tetap, pesakit kronik dan orang-orang tua yang miskin.” Tambahnya lagi program ini akan berterusan dalam usaha kami yang membantu orang-orang miskin.

Penerima batuan berasa amat terharu kerana dalam keadaan hidup yang amat susah ini ada orang yang masih sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanan hidup mereka. Program ini telah mendapat tempat di hati masyarakat disamping dapat memperkenalkan calon PAS yang akan bertanding di PRU 14 ini iaitu Sdr Abdul Aziz . Semoga usaha yang kecil ini akan berterusan dan dapat mengeratkan ukwah bersama masyarakat setempat dan mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.