Home Berita PAS Negeri Sembilan

Majlis Apresiasi dan majlis perpisahan guru PASTI Al Iqra’

200
SHARE

OLEH : ABU NURAINI

PORT DICKSON, 18 Februari : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Iqra’, Taman Intan Perdana mengadakan majlis apresiasi bagi meraikan kejayaan anak-anak dan majlis perpisahan 2 orang guru PASTI yang menamatkan perkhidmatan di sini, hari ini.

Menurut Pengerusi PASTI Al Iqra’, Rahman Shah Aris, majlis apresiasi diadakan untuk meraikan anak-anak yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran bagi tahun 2021-2022. Sijil dan cenderahati untuk buat nak-anak ini juga diberikan.

Tambah Rahman Shah lagi, majlis jturut meraikan 2 orang guru PASTI iaitu Rozanawati Rosli yang telah berkhidmat di situ hampir 22 tahun. Seorang lagi guru, Kamsura Ali yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai guru PASTI juga diberikan cenderahati dan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih.

Beliau dalam ucapannya turut menyatakan kemaafan kepada ibu bapa anak-anak ini kerana terpaksa mengadakan majlis apresiasi secara dalaman dan sederhana memandangkan situasi penularan wabak Covid-19 yang semakin tinggi dan membimbangkan.

Katanya lagi, sesi pembelajaran 2021 – 2022 terpaksa menghadapi pelbagai kepayahan kerana tidak dibenarkan belajar secara fizikal di dalam kelas, sebaliknya terpaksa belajar secara online (PDPR) dengan bantuan ibubapa di rumah.

“Namun, saya dapati anak-anak PASTI dan guru-guru telah berjaya menempuh cabaran tersebut sehingga berjaya menamatkan pembelajaran sesi lepas.”

Melalui majlis tersebut, barangan “JOM KE SEKOLAH” sumbangan Yayasan Taqwa dan Persatuan Prihatin Port Dickson turut diagihkan kepada anak-anak PASTI.

Ahli Jawatankuasa PASTI Al Iqra’ juga melantik guru-guru baharu untuk sesi akan datang dan salah seorang daripadanya adalah guru cemerlang yang sangat berpengalaman mengajar di PASTI.

“PASTI Al Iqra’ merupakan instusi pendidikan milik PAS yang paling awal ditubuhkan, iaitu lebih 23 tahun dahulu. Kini PASTI ini berada dalam fasa meningkatkan perhidmatannya dengan mengadakan pakej transit, iaitu berada di PASTI selepas tamat sesi pembelajaran,” ujar Rahman Shah.

Di akhir ucapan, pengerusi PASTI menyeru ibu bapa yang belum mendaftarkan anak-anak ke Pendidikan PASTI agar segera berbuat demikian bagi memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal berteraskan pendidikan Islam.