Home Berita PAS Johor

Majlis Anugerah Cemerlang PASTI Kawasan Muar 2017

1662
SHARE

MUAR – Bertempat di Dewan Utama Masjid Sultan Ibrahim, telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Pasti-Pasti Kawasan Muar pada 11 November 2017 .

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Adun Maharani, YB Dr Mohamad bin Taslim. Program anjuran Jabatan Pasti Muar dengan kerjasama DPP Muar ini melibatkan 12 buah Pasti di kawasan Muar iaitu 6 buah di Dun Maharani dan 6 buah di Dun Sungai Balang.

Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 200 orang iaitu pelajar yang berusia 6 tahun. Sementara pelajar 5 tahun yang terlibat hanya penerima hadiah terbaik sahaja.

Majlis turut diisikan dengan beberapa acara selingan persembahan dari anak-anak didik Pasti seperti persembahan membaca sajak, menghafaz surah Al-Mulk dan diikuti persembahan nasyid.

Acara kemuncak adalah semasa sesi penyampaian sijil dan anugerah hadiah cemerlang kepada pelajar-pelajar Pasti. Anugerah pelajar keseluruhan terbaik kategori 6 tahun disandang oleh Adik Mohd Ashraf Iman Bin Esairol Nizam dari Pasti Imtiyaz sementara bagi kategori 5 tahun telah disandang oleh Adik Nur Amni Qaisara Bte Ais dari Pasti Ar Rahmah. Semua pelajar 6 tahun turut menerima sijil akuan Pasti.

Majlis Anugerah Cemerlang yang berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari ini telah dihadiri lebih kurang 600 orang terutama dari kalangan ibu bapa pelajar yang memenuhi dewan.