Home Artikel PAS Perak

Mahkamah Arahkan Peguam Nizar Memohon Maaf

2,240 views
SHARE


Mahkamah Arahkan Peguam Nizar Memohon Maaf

IPOH: Sesi perbicaraan agak hangat dalam usaha peguam kedua-dua pihak membuktikan kes sehingga terjadinya insiden penuturan perkataan oleh salah seorang peguam Mohammad Nizar Jamaluddin kepada salah seorang peguam Razman Zakaria yang menimbulkan bantahan di pihak peguam Razman.

Akibat bantahan tersebut, mahkamah telah mengarahkan peguam Nizar tersebut memohon maaf kepada peguam Razman tersebut.

Demikian menurut Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Perak; Mohammed Zamri Ibrahim ketika ditemui.

Jelasnya, perbicaraan kes saman Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Bendahari Pas Pusat, Haji Razman Zakaria telah selesai perbicaraan pada 16 dan 17 Oktober 2017 di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Tambah beliau, pada prosiding 2 hari tersebut, selain Nizar dan Razman, wartawan yang menulis berita yang bertajuk ‘Pendekatan Nizar Mirip DAP’ juga merupakan asas saman tersebut, Muhammad Adzhar Tajuddin turut memberi keterangan.

“Semasa memberikan keterangan, Razman banyak disoal berkenaan hudud dan dasar perjuangan Pas ketika dirujuk kepada satu Kenyataan Media Pakatan Rakyat Perak bertarikh 21 Mac 2015 yang turut ditandatangani oleh Nizar sebagai mewakili Pas Perak ketika itu, menjadi asas tuntutan balas Razman terhadap Nizar.

“Selain itu rujukan juga dibuat terhadap satu berita akhbar Sinar Harian bertarikh 24 Mac 2015 bertajuk ‘Perak Tiada Hudud Jika PR Perintah’ yang melaporkan berhubung Kenyataan Media Pakatan Rakyat Perak tersebut.

“Setelah selesai seisi perbicaraan, mahkamah telah menetapkan tarikh 27 Oktober 2017 untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan secara bertulis ke mahkamah. Tarikh untuk keputusan pula ditetapkan pada 2 November 2017.

Razman Zakaria yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak diwakili pasukan peguam dari Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Perak yang terdiri dari Mohd Zamri, Ahmad Azhar, Nurul Huda dan Syahidah. Turut serta adalah peguam Harris.