Home Berita PAS Wilayah

Edar Risalah Sambil Beramah Mesra Bersama Pengunjung

779
SHARE

SELAYANG, 14 Oktober – PAS Kawasan Batu bersama bakal calon P115 Parlimen Batu, Pn. Hajah Salbiah Abd Wahab telah turun padang menyantuni pengundi-pengundi di Tesco Extra Selayang, Parlimen Batu dengan mengedar risalah pilihanraya PAS Batu. Risalah tersebut bertujuan untuk memperkenalkan PAS Batu di samping memberikan isyarat bahawa PAS akan meletakkan calon di parlimen tersebut dalam PRU akan datang. Pengunjung yang hadir memberikan respon yang baik dalam usaha PAS Batu untuk bertanding dan membawa hasrat suara rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawa PAS mampu untuk menarik sokongan rakyat di parlimen ini seterusnya membawa suara rakyat marhaen seperti kami. Kita mahukan parti yang telus dan jujur dalam memperjuangkan hak rakyat” ujar salah seorang pengunjung yang berusia sekitar 40-an.

Bakal calon PAS P115 sempat beramah mesra dengan para pengunjung dan bergambar bersama-sama guru-guru dan anak-anak dari sekolah tadika Cina.

 

Turut serta dalam program edar risalah ini ialah Haji Amin, ketua Zon 1 bersama jentera-jentera pilihanraya PAS Kawasan Batu. Pihak PAS Kawasan Batu mengucapkan jutaan terima kasih kepada para petugas yang hadir memberikan komitmen dan juga pihak Tesco Extra Selayang yang memberikan kerjasama.