Home Berita PAS Wilayah

Islam Pembela Orang Miskin

708
SHARE

BATU, 7 Mei – “Islam merupakan agama yang tidak menindas orang miskin, bahkan agama Islam membantu orang miskin,” demikian kata Ustaz Azhar Yahya di dalam ceramah beliau di perkarangan Madrasah Al-Ikhwan semalam.

Ustaz Azhar yang merupakan calon PAS bagi P115 Batu menjelaskan bahawa di dalam hal fidyah, zakat fitrah dan kifarah sumpah, diwajibkan umat Islam memberi makan kepada orang fakir miskin, tidak boleh diberikan kepada golongan lain.

“Oleh sebab itulah ulama’-ulama’ di dalam PAS telah menfatwakan bahawa cukai GST itu haram, kerana hadis Nabi menyebut ‘cukai diambil dari orang kaya dan diberikan kepada orang miskin’. Inilah yang PAS akan bawa jika memerintah kelak,” jelas Ustaz Azhar lagi.

Ustaz Azhar yang juga seorang pakar kewangan Islam dan berpengalaman menulis serta menterjemah berpuluh buku pelbagai genre, menjelaskan bahawa cukai korporat yang diusulkan oleh PAS itu tidak membebankan orang kaya, kerana kadarnya hanya 2.5%, diadaptasi dari konsep zakat dalam Islam.