Home Berita PAS Johor

Mafla dibida untuk dihadiahkan kepada seseorang

214
SHARE

Mafla dibida untuk dihadiahkan kepada seseorang

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor Bahru, 24 Mei : Mafla dibida untuk dihadiahkan kepada seseorang dan setelah berjaya pembida memaklumkan mafla tersebut dihadiahkan semula kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin.

Demikian dinyatakan oleh setiausaha PAS Johor, Ahmad Aljohari Mohd Yusof ketika mengulas berkenaan sumbangan #Aid4Palestine PAS Johor sebelum diserahkan kepada PAS Pusat Sabtu lepas.

Sebelum itu, dalam kenyataan rasmi di akaun Facebook beliau, Ustaz Abdullah Husin ada menyatakan bahawa mafla tersebut adalah salah satu barangan kesayangannya dan beliau sering dilihat memakainya ke setiap acara.

“Sukacita dimaklumkan saya berbesar hati untuk menginfakkan salah satu barang kesayangan saya untuk dilelong bagi tujuan sumbangan kepada tabung #Aid4Palestine .

“Bukan kereta, bukan keris tapi mafla kesayangan saya yang dibeli di sempadan Gaza, asli dari Gaza, inshaAllah ada keberkatan dari bumi anbiya.

“Mafla kenangan sentimental yang dimiliki dan disayangi saya,ke mana sahaja saya bawa dan pakai bersama, tapi saya lebih sayangkan tanah dan rakyat Palestin.” Ujarnya.

Bidaan yang bermula dari RM1000 itu akhirnya berjaya mengumpulkan sebanyak RM 315,473.00 termasuk bidaan mafla yang bernilai RM 5,111.00.

“Alhamdulillah terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan, termasuklah PAS Cawangan dan PAS Kawasan di Negeri Johor yang membantu mengumpulkan sumbangan ini.”

Kata Ustaz Abdullah Husin sebelum membuat penyerahan sumbangan secara maya bagi tabung #Aid4Palestine itu.