Home Kenyataan Media PAS Kedah

MABA dan Persatuan Taekwondo Malaysia perlu belajar dengan pelajar PASTI

549
SHARE

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

28 November 2019

PENGHINAAN JALUR GEMILANG : MABA DAN PERSATUAN TAEKWONDO MALAYSIA PERLU BELAJAR DENGAN PELAJAR PASTI

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan tindakan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan Persatuan Teakwondo Malaysia yang memaparkan bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima dalam satu majlis perasmian dan Backdrop di kejohanan sukan itu baru-baru ini, seolah-olah sengaja mahu mempersendakan simbol kedaulatan negara dan ketenteraman rakyat Malaysia kerana tindakan biadab itu satu pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.

2. Jalur Gemilang adalah satu lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh itu kita jangan ambil mudah terhadap perkara ini, ianya boleh membangkitkan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia sehingga sanggup memperlekehkan simbol negara

3. Kami sedih dan marah dengan milihat tular satu klip video dan gambar yang memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima ditayangkan ketika nyanyian lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 dan backdrop di Penganjuran Classic International Open Teakwondo.

4. Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku namun mereka menganggap ia sesuatu yang remeh dan mudah memohon maaf mengakui kesilapan kerana kesilapan teknikal, mana mungkin sudah 62 tahun negara kita merdeka bendera Malaysia boleh ada kesilapan kerana setiap tahun kita menyambutnya dengan semangat Patriotik bahkan pelajar Pra Sekolah seperti PASTI sendiri pun tahun bagaimana untuk melukis bendera Malaysia dengan betul.

5. Justeru itu, cukup-cukuplah memberi alasan yang tidak logik dan pihak kami mohon satu tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak terbabit bagi memberi iktibar kepada semua pihak kerana imej negara tercalar dengan perbuatan biadab ini.

“Demi Islam”

“Demi Negara”

YANG BENAR,

ABDUL HADI OMAR

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah