Home Berita PAS Selangor

Kali ke-4 Syabab Care hantar sumbangan ke PKRC MAEPS – Naib KP PAS Selangor

8
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Serdang | Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah, MAEPS Serdang dengan kapasiti tanggungan yang tinggi semestinya diberi perhatian yang lebih dan kerap. Inisiatif NGO-NGO, parti politik serta individu perseorangan dalam menyampaikan bantuan untuk mereka di PKRC MAEPS semakin kerap dan juga menjadi berita gembira buat mereka disana.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa mereka dapat bersama dengan gabungan NGO-NGO yang bernaung di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) telah sampaikan pelbagai sumbangan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah, MAEPS Serdang.

Barangan keperluan harian yang disampaikan seperti biskut, roti, air mineral, air tenaga dan pelbagai lagi. Ketika ini kemasukan pasakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS ini masih lagi tinggi dari seluruh negara dan sumbangan orang ramai masih diperlukan.

Syabab Care Malaysia menyeru kepada anda semua untuk turut bersama mereka membantu para frontliners di MAEPS.

“Anda sumbang, kami sampaikan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor