Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

LKK PAS NS santuni OKU kebakaran rumah

306
SHARE

Oleh : Faizah MY

AYER HITAM : Ishak Omar, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan bersama Timbalan Yang Dipertua PAS Jelebu, Nordin Hashim menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran Puan Marian Hashim di Kampung Baru Ayer Hitam hari ini.

Ishak Omar menyerahkan sumbangan kewangan kepada Puan Marian
Wakil PAS Rembau turut menyampaikan sumbangan kewangan

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Jelebu, Aizamudin memberitahu  rumahnya yang berjiran dengan mangsa kebakaran juga nyaris terbakar.

Kejadian berlalu kira-kira 3.30 petang semalam, disedari menantu Puan Marian (OKU Fizikal), Husna Abdullah mengatakan kebakaran bermula dari tengah rumah atas dan marak dengan cepat menyebabkan tidak sempat menyelamatkan apa-apa.

Namun mereka bersyukur semuanya selamat.

Akhirnya, doa selamat dibaca oleh TYDP Jelebu, Nordin Hashim. Semoga keluarga Puan Marian tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini.

Bacaan doa oleh Nordin Hashim

Turut hadir Ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan dan AJK PAS Kawasan Jelebu.

Sumbangan boleh disalurkan kepada :
Husna Abdullah
BSN 1299529000139153