Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Lajnah Kebajikan & NGO PAS Selayang Edar Nasi Daging Korban

299
SHARE

Selayang, Selangor | 7 Ogos 2020

Dikala waktu masih lagi tertakluk pada SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Lajnah Kebajikan & NGO dibawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang telah membuat edaran nasi daging korban di beberapa buah Masjid sekitar kawasan Selayang seperti yang telah ditetapkan.

Edaran bermula selepas selesai solat Jumaat. Selain AJK Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan turut serta dalam program edaran ini ialah Ustaz Farhan Madzlan AJK Penerangan PAS Kawasan merangkap AJK Penerangan PAS Negeri Selangor.

Jabatan Amal Kawasan Selayang juga turut serta mengedar disamping menjaga lalu lintas. Edaran selesai tidak sampai satu jam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

PASSelangor

BersamaMembawaSejahtera

IslamMemimpinPerpaduan