Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

LKK PAS Negeri Sembilan turun padang ke Jempol

160
SHARE

oleh Faizah Yusof

KUALA PILAH : Hari Rabu yang diisytihar sebagi Hari Kebajikan PAS Negeri Sembilan kali ini turun padang ke Jempol.

Tuan Haji Mustafa Bakri, TYDP PAS Jempol mengiringi Ketua Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Ishak Omar menyantuni tujuh orang asnaf terpilih.

Kebanyakan asnaf adalah warga emas yang OKU dan sakit diberi sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan harian.

Semoga usaha yang dibuat dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Turut hadir, Puan Rohayati Md Din, Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan dan Ketua Muslimat PAS Jempol, Pn Bibah Tumin dan AJK LKK DMP Jempol.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi :

En Ishak Omar : 012-3494041
Pn Rohayati Md Din : 011-26096651
Pn Faizah : 018-3589089