Home Artikel PAS Pusat

Desak DAP Nyatakan Sikap Kandungan Komik BRI

282
SHARE

KENYATAAN MEDIA

DESAK DAP NYATAKAN SIKAP KANDUNGAN KOMIK BRI

DAP mengapa jadi bisu dengan pengharaman komik BRI yang mempromosi ideologi Komunis?

Saya menuntut DAP menyatakan sikap sama ada bersetuju atau tidak dengan kandungan komik berkenaan.

Kerana saya dapati bukan seorang dua pemimpin DAP membuat kenyataan terbuka menyokong komik berkenaan. Bilangan yang membuat kenyataan menyokong lebih ramai dari seorang dua yang membuat kenyataan rasmi mengutuk komik berkenaan.

Rakyat mahu tahu kenapa ada Kata Pengantar oleh Lim Guan Eng, Menteri Kewangan, Setiausaha Agung DAP dalam Komik berkenaan?

Mengapa ada gambar penyerahan Komik oleh Pengarang Komik tersebut Hew Kuan Yau kepada Timbalan Menteri Pendidikan , Teo Nie Ching?

Adakah benar Muzium Kebudayaan dan Komik Asia , Pulau Pinang dan penerbitan komik BRI yang Hew Kuan Yau menjadi kuratornya dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang?

Adakah benar Hew Kuan Yau sebaik PH memenangi Pilihanraya Umum dilantik sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Majlis Perniagaan Malaysia-China (JBC)? JBC ini bawah siapa?

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB Haji Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
24 Oktober 2019/ 23 Safar 1441H