Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Sumbang kerusi roda oleh LKK PAS Negeri Sembilan

260
SHARE

oleh Faizah Yusof

KUALA PILAH : Tuan Haji ishak bin Omar, Ketua LKK PAS Negeri Sembilan menyerahkan kerusi roda buat Puan Sawiyah binti Baker,86 di Kg Parit, Kuala Pilah semalam.

“Terima kasih nak,” ujar Puan Sawiyah sebaik mencuba duduk di atas kerusi roda tersebut.

Anaknya, Puan Fariza mengucapkan syukur kepada Ilahi di atas pemberian kerusi roda yang pastinya sedikit sebanyak membantunya menguruskan ibunya yang tidak dapat berjalan.

Beliau juga menjaga adiknya seorang pesakit jantung berumur 56 tahun dan anak saudaranya yang berumur 54 tahun juga pesakit jantung.

Ibunya mendapat bantuan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hanya lampin pakai buang secara bulanan daripada Baitumal.

Puan Fariza tidak bekerja lantaran faktor usia dan menguruskan ibu, adik serta anak saudaranya yang kini berada di hospital Kuala Pilah.

Turut serta Puan Norbibah Mahmood, Ketua LKK PAS Kuala Pilah dan AJK LKK Kuala Pilah.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi :
En Ishak Omar : 012-3494041
Pn Faizah         : 018-3589089
Pn Bibah          : 013-3171245