Home Kenyataan Media PAS Kedah

BMF: Kerajaan PH Kedah Takut Siapa

1068
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 Oktober 2019

Perbahasan Bajet 2020 Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah

BMF: KERAJAAN PH KEDAH TAKUT SIAPA

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melihat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) baik di peringkat pusat dan negeri negeri lain termasuk Kedah cukup paranoid dan skeptikal dengan kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) yang digagas oleh pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) muslim Negara ini.

Malah kami merujuk jawapan bertulis soalan ADUN Kuala Ketil, YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah kali ini berkenaan sejauh mana sokongan kerajaan Kedah terhadap BMF yang menguntungkan majoriti rakyat Kedah ternyata jawapannya cukup mengecewakan dengan mengaitkan Malaysia negara masyarakat majmuk dan boleh menjejas keharmonian kaum.

Kerajaan Kedah juga merujuk kenyataan jemaah Menteri pada 4 September 2019 sebagai standard polisi negeri Kedah dalam isu ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga melihat banyak kenyataan pemimpin PH yang kelihatannya ‘bebai’ kerana mereka menganggap kempen ini dilancar untuk kepentingan politik parti tertentu. Bermakna PH ‘bebai’ bila kempen tidak cocok dengan dasar mereka yang liberal dan tidak menguntungkan bumiputera terbanyak itu.

Jika baik dengan dasar mereka pun mereka akan menolak kerana kelihatan dasar ego PH yang tidak akan mengiktiraf sebarang kebersamaan isu dengan pembangkang, ini berbeza dengan PAS khususnya dengan dasar Budaya Politik Matang dan Sejatera (BPMS).

Jawapan kerajaan Kedah bahawa tiada fakta menunjukkan pengesahan kempen BMF berjaya menurunkan pelbagai harga produk menunjukkan keegoan kerajaan Kedah sehingga langsung tiada usaha meninjau pendedahan rakyat terbanyak di media sosial dan melihat sendiri paparan harga di pasaraya untuk mendapatkan data harga barang yang turun rentetan kempen BMF ini.

Kerajaan yang sebegini tiada jiwa rakyat dan berbahaya bagi generasi muda akan datang dan langsung tidak menguntungkan umat islam yang merupakan majoriti di negeri ini.

Yang Benar

Ustaz Nasron Othman
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah