oleh : Faizah Yusof
JOHOL – Penggerak Kampung Air Rengas, Sdr Arifin, mengucapkan terima kasih kepada PAS di atas sumbangan simen dan pasir untuk baik pulih surau mereka.
Tuan Haji Ishak bin Omar bersama AJK Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan turun padang menghantar sendiri keperluan tersebut semalam.
Surau Kampung Air Rengas, Johol digunakan untuk penduduk Orang Asal di sana.
Pihak Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan sebelum itu juga sudah membuat pembelian PA sistem buat Surau Kampung Temenggalan, Rompin, juga untuk kemudahan 3 kampung orang asal berdekatan.
Sumbangan program kebajikan PAS Negeri Sembilan bolehlah menghubungi Tn Haji Ishak Omar 012-3494041.