Home Berita PAS Perlis

LKK PAS Kangar Sumbang Kerusi Roda

844
SHARE

Oleh : Muhammad Hadi

KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kangar baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Che Zainab Mad Arshad, dari Kampung Guar Ujung Batu, Utan Aji, dekat sini.

Beliau yang berusia 69 tahun, tidak dapat berjalan akibat patah tulang peha setelah terlibat dengan kemalangan pada 22 Februari yang lalu.

Kerusi roda hasil sumbangan orang ramai itu diserahkan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail kepada Che Zainab di kediamannya baru-baru ini.

Menurut Wan Hassan, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sumbangan yang diberi dan setiap sumbangan akan disalurkan terus kepada individu yang memerlukan.

“Pada hari ini, kita berjaya menyerahkan satu unit kerusi roda hasil sumbangan orang ramai, kepada Che Zainab, bagi membantu beliau bergerak.

“Kita juga mempelawa para dermawan untuk menyalurkan sumbangan kerusi roda bagi membantu golongan yang memerlukan dan InsyaAllah, sumbangan berkenaan akan disalurkan secara terus kepada rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan kepada LKK PAS Kawasan Kangar melalui akaun bernombor 09010010016455 (Bank Islam Malaysia Berhad) atas nama ‘PAS Kawasan Kangar’ dan setiap sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi LKK di talian 019-4170244 (Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil).