Home Artikel PAS Perlis

Manfaatkan Kebebasan Media Untuk Sebarkan Kebaikan Islam

109 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Kebebasan media yang diamalkan pada hari ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh PAS untuk menyebarkan kebaikan Islam, demikian kata Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman.

Menurutnya, berbeza dengan kekangan yang wujud pada zaman pemerintahan kerajaan yang lalu, media dilihat lebih terbuka dan keterbukaan ini merupakan peluang terbaik untuk PAS untuk memahamkan masyarakat akan keindahan dan kesyumulan Islam.

Ujarnya lagi, pendekatan politik damai yang diamalkan PAS juga dilihat banyak membuka mata masyarakat khasnya bukan Islam terhadap perjuangan parti Islam tersebut, malah berjaya memberikan gambaran sebenar tentang Islam yang selama ini ditakuti oleh golongan berkenaan.

Tambah beliau, pendekatan politik damai juga membuktikan kesungguhan PAS dalam memelihara kestabilan politik negara kerana jika budaya politik permusuhan masih lagi diamalkan, perpaduan dan keharmonian yang wujud dalam masyarakat akan terjejas.

Hal ini menurutnya lagi, akan turut menyebabkan penerimaan masyarakat terhadap dakwah Islam menjadi semakin berkurang.

“PAS telah muncul sebagai contoh tauladan yang memberikan solusi tuntas kepada parti kawan dan lawan, membawa beberapa pendekatan politik yang bersifat lebih kondusif untuk diamalkan dalam zaman Malaysia Baharu,” katanya ketika berucap dalam program Bual Santai Bertajuk ‘Pendekatan Politik PAS Era Malaysia Baharu’ anjuran bersama JPro dan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis pada 3 April lalu.

Program berkenaan turut disertai Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan dan dipengerusikan oleh Saudara Mohd. Fallah Azizan.