Home Berita PAS Sabah

Pesta Sukan PASTI Sabah : Pasukan Sandakan sedia tampil prestasi terbaik.

1517
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis.
4 April 2019.

SANDAKAN : Pesta Sukan PASTI Negeri Sabah akan menyaksikan prestasi terbaik daripada pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Zon Sandakan.

Ia bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid PASTI yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengurus Pasukan PASTI Zon Sandakan, Mustaman Mustain ketika ditemui hari ini di Sandakan Futsal, Batu 4 dekat sini.

Tambahnya, para pemain telah mengadakan latihan selama 3 minggu bagi memantapkan teknik permainan dan meningkatkan prestasi kecergasan.

Menurutnya yang juga merupakan Setiausaha PASTI Sandakan, beberapa perlawanan persahabatan turut diadakan bagi membiasakan pemain berhadapan dengan pasukan lawan.

Pesta Sukan PASTI Negeri Sabah bakal diadakan di Keningau Ahad ini yang menyaksikan penyertaan 5 buah pasukan yang mewakili PASTI zon di seluruh Sabah termasuk Zon Kota Kinabalu, Zon Pantai Barat Utara, Zon Tawau dan lain-lain.