Home Berita PAS Kedah

Liqa’ Mahabbah Guru-Guru KAFA Daerah Padang Terap

63
SHARE

Oleh: SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Dewan Ulamak PAS Kawasan bersama PAS Padang Terap telah mengadakan Liqa’ Mahabbah guru-guru KAFA Daerah Padang Terap baru-baru ini.

Seramai 197 orang guru KAFA hadir ke program tersebut yang di adakan di Komplek PAS Kawasan Padang Terap, Barokhas.

Dalam ucapan Yang diPertua PAS Kawasan Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz,majlis ini di adakan bagi membina dan mengeratkan ukhuwah di antara kepimpinan PAS bersama guru-guru KAFA.

Dan juga bertukar-tukar pendapat dan pandangan di antara guru-guru KAFA dalam sesi dialog bersama kepimpinan PAS Padang Terap.

Di akhir program,ADUN Kuala Nerang YB.Hj Munir @Muhammad Yusoff Zakaria menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan dari YB kepada semua  guru-guru KAFA yang hadir.

Turut sama hadir ke program tersebut Ketua Dewan Ulamak PAS Padang Terap Ustaz Habibullah Salleh,Ahli Parlimen Padang Terap Ustaz Nurul Amin Abd Hamid, Ahli Jawatankuasa Harian PAS Kawasan serta Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Padang Terap.