Home Artikel PAS Johor

Lihat Bagaimana Pembangkang Ini Bertindak Pasca PRU 14

1,540 views
SHARE

Lihat Bagaimana Pembangkang Ini Bertindak Pasca PRU 14

MUAR : Walaupun masih belum hilang penat memerah tenaga bertugas membantu dalam PRU 14 yang lalu, para amilin PAS Kawasan Muar tetap meneruskan tugas rutin Ramadan seperti tahun-tahun yang lalu untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Muar.

Pada 26 Mei 2018 yang lalu, dua program dijalankan serentak di kedua-dua Dun iaitu Dun Sungai Balang dan Dun Maharani.

Di Dun Sungai Balang, edaran bubur lambuk anjuran DPPK Muar telah diadakan di pekan Parit Jawa berhadapan dengan Balai Polis Parit Jawa. Sebanyak 100 bungkus bubur lambuk telah diedarkan. Mantan calon N16 Dun Sungai Balang turut sama membantu mengedarkannya.

Sementara di Dun Maharani pula, edaran pek berbuka puasa telah diadakan di Stesen Bas Bentayan. Sebanyak 100 pek telah diedarkan kepada mereka yang berada di situ khususnya penumpang bas ekspres yang bermusafir dan terpaksa berbuka dalam perjalanan. Program ini juga turut disertai mantan Adun Maharani Dr Mohamad Taslim.