Home Berita PAS Selangor

LGBT dan DAP penggerak bendera hitam – Ketua Pemuda DPPN Selangor

519
SHARE

May be an image of text that says "Muhammad Faiz Fadzil 18h KIBAR BENDERA HITAM 3Julai2021 3,Julai 2021 Sabtu3 petang Post #LAWAN di media sosial dengan"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Pendokong LGBT begitu ghairah dalam kempen ini. dilihat sama Pimpinan PH dalam kempen ini, juga apa kurangnya. disaat negara perlu kepada fokus menyelamatkan kesihatan dan nyawa jutaan rakyat dalam tempoh pandemik ini.

Pihak kerajaan dan pembangkang biarlah diposisi berganding bahu, bukan mengepak membuka dada berseteru.

Membuktikan disebalik bendera hitam ini ada dua jembalang besar yang cukup rapat berpelukan menikmati cita-cita yang sama. Iaitu cuba menjatuhkan kerajaan kini. Ini mungkin kerana aktiviti dan perjuangan LGBT tidak diberi ruang berbanding jika dibawah PH selama 22 bulan dahulu.

Saya cukup bimbang dengan keghairahan kita menyambut kempen bendera hitam, sehingga kita abaikan siapa dan apa matlamat disebalik penggerak kempen ini yang melibatkan Pelangi LGBT dibelakang Hitam itu. Malangnya Ahli-ahli politik dalam PH yang beragama Islam bersama dengan gerak kerja golongan ini.

Kisah kaum LGBT yang dilaknat oleh Allah
166 muka surat LGBT dari Perspektif Islam

Saya tinggalkan link sebagai pembacaan buat semua untuk melihat dengan cukup berhati jika anda ingin memilih bersama mereka.

Apabila meletakkan sikap berhati-hati dalam Apa sahaja sebarang tindakan kita, Insyallah ia pasti akan memberi kesempatan kepada kita untuk menyimpan satu langkah bagi menyelamatkan kita dari hilang beribu-ribu langkah.

Sekadar menasihati apa yang terlintas dalam benak pemikiran ini. Biar ada yang terselamat walaupun selepas ku melelapkan mata ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor