Home Berita PAS Selangor

PAS Hulu Langat hulur bantuan untuk Hari Ke-2 PKPD – PAS Kawasan Hulu Langat

19
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Sayu hati PAS Kawasan Hulu Langat apabila melihat bekalan bantuan yang semakin kurang setelah diedarkan kepada mereka yang memerlukan. Ramai yang terkesan pada masa ini. PKPD mukim Hulu Langat sudah masuk hari kedua perlaksanaannya.

Ada yang kehilangan pendapatan akibat tiada kerja. Ada peniaga yang bukan daripada kategori ‘essential’ dan terpaksa tutup kedai buat masa ini. Ada juga keluarga yang diuji dengan positif Covid-19. Itulah antara kisah benar dan realiti kehidupan sukar yang dialami oleh mereka yang terkesan.

Kerajaan prihatin PN telah mengumumkan pakej PEMULIH dengan pelbagai bantuan yang boleh ringankan beban rakyat. PAS Hulu Langat menyambut baik usaha kerajaan ini. Mereka telah tubuhkan Tabung Bantuan Covid-19 dan menggerakkan para petugas untuk turun padang edarkan bantuan sebelum PKPD dilaksanakan.

Sementara didalam tempoh PKPD ini, stok bekalan bantuan ditambah lagi agar ramai penerima dapat manfaat. Sesiapa yang memerlukan sila hubungi wakil lajnah kebajikan & kemasyaratan di DUN masing masing untuk dibantu.

May be an image of 2 people

Teruskan kekal duduk durumah dan patuhi SOP. Daftarkan diri untuk program vaksin. Bersama kita menang lawan wabak Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor