Home Berita PAS Selangor

Kebajikan PAS Klang terus berjalan – PAS Kawasan Klang

21
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Klang, namun kebajikan PAS Klang terus berjalan dalam membantu mereka yang terkesan dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di kala pandemik Covid-19 ini.

Dalam melancarkan program ini, kerja-kerja kebajikan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana Mohd Nasrul Ahmad Tajuddin mengetuai kumpulan Klang Utara yang merangkumi lokaliti Bandar Bukit Raja dan Batu Belah manakala kumpulan Klang Selatan dipecahkan kepada 2 bahagian lagi di mana Ahmad Nizam Chek mengetuai lokaliti Pulau Indah dan Armada. Sementara itu Yusof Mokhsin mengetuai lokaliti Kampung Nelayan dan Hamid Tuah.

Sumbangan yang berbentuk barangan keperluan harian ini dikumpul dengan kerjasama beberapa NGO yang aktif di sekitar Klang seperti Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal.

Sesuatu yang menarik ketika sampai di Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja ada satu keluarga sedang duduk di lantai mengelilingi juadah menjamu selera makan tengahari. Si ibu sedang makan sambil menyusukan bayi, si kakak makan sambil menyuap adik kecilnya makan dan dua orang lagi kanak-kanak 5-6 tahun sedang makan sendiri. Walaupun juadah mereka nampak ‘simple’ tetapi boleh nampak kegembiraan yang terpancar pada raut wajah anak-anak ini ketika menikmati makanan.

Menurut, Mohd Nasrul yang juga merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Klang berharap dengan bantuan yang diberikan ini, dapat meringankan bebanan ke semua yang dibantu pada hari ini. Inn shaa Allah, akan ada bantuan lain lagi selepas ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor