LGBT : ANTARA IHSAN DAKWAH DAN KEJUJURAN MENYATAKAN HUKUM
1. Ameerah Malaysia menghargai keberanian Dr Nur Ilyani yang menulis surat terbuka kepada Datin Paduka Marina Mahathir berkenaan dengan isu LGBT.
2. Sepertimana kenyataan Dr Ilyani bahawa beliau merawat pesakit LGBT dengan baik tanpa diskriminasi, Ameerah Malaysia bersetuju bahawa golongan LGBT tidak didiskriminasi di Malaysia. Jika ada kes-kes terpencil maka tidak sewajarnya generalisasi tuduhan dibuat bahawa rakyat mahupun Kerajaan Malaysia melakukan diskriminasi terhadap golongan LGBT di negara ini.
3. Kita diseru bersikap ihsan dalam dakwah termasuklah terhadap golongan LGBT, namun ia tidak seharusnya menahan kita dari menyatakan yang benar tentang halal dan haram sebagai panduan kepada masyarakat yang memerlukan bimbingan.
4. Ameerah Malaysia berharap pandangan Dr Ilyani diberi perhatian yang sewajarnya kerana kelihatannya ramai pengamal perubatan menzahirkan sokongan terhadap pandangan Dr Ilyani dan berkongsi pendapat yang sama. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
5. Ameerah Malaysia melahirkan solidariti buat Dr Nur Ilyani dan berharap lebih ramai lagi profesional tampil ke hadapan menentang gaya hidup berlawanan fitrah dengan hikmah dan istiqamah.
Husna Hashim
Pengarah
Ameerah Malaysia
12 Ogos 2018 bersamaan 30 Zulkaedah 1439