Home Artikel PAS Perak

Lepasan Sarjana Sains Antara Calon Dimiliki PAS

124 views
SHARE

Ketrampilan bersahaja dengan gaya tersendiri beliau menjadikan dirinya mudah didekati dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Anak bongsu daripada sembilan orang adik beradik ini telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PALAPES pada tahun 1993.

Beliau dianugerahkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Universiti Sains Malaysia bahkan berita kejayaannya pernah disiarkan di dalam akhbar The Star pada 27 Jun 1993.

Radzi Zainon merupakan anak kelahiran Anak Bukit, Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kota Rentang, Kota Setar.

Meneruskan pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains Mara, Kulim dan Pulau Pinang.

Cinta dan sayang untuk menuntut ilmu diteruskan sehingga berjaya melangkah ke pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1991 dalam bidang Kejuruteraan Bahan.

Beliau menyempurnakan pengajian peringkat Sarjana Sains (Master) dalam bidang Kejuruteraan Bahan Semikonduktor.

Kecekalan beliau dalam meneruskan kehidupan memberikannya menimba pemgalaman kerjaya yang luas seperti menjadi tutor sambilan di Universiti Sains Malaysia, Tronoh, Perak. (1997- 1998).

Mencipta pengalaman sebagai pembantu pensyarah ( demonstrator), di Universiti Teknologi Petronas ( 1997-1998) seterusnya sebagai Dekan & Pensyarah di Kolej Unisma IPOH (1998-2002)

Dalam bidang penyiaran pula beliau diberikan kepercayaan menjadi Kaunselor Sambilan RTM ( Radio 3 Ipoh) ( 2000-2002)

Kemampuan dan kelebihan yang dimilikinya terbukti apabila pernah menyandang jawatan Pengarah di Rapat Dagang Sdn.Bhd. pada tahun (1998-2002).

Beliau turut dijemput sebagai Perunding Motivasi & Latihan bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta.

Bapa kepada lima orang anak ini sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri, berkongsi pengalaman serta ilmu sehingga diberikan tanggungjawab sebagai Perunding Motivasi, Latihan & Pemasaran bagi Biosirih Cosmetics dan syarikat-syarikat sekutunya.

Pengurusan yang efisyen dan berdedikasi diamalkan beliau membuatkan kepercayaan menguruskan beberapa syarikat perniagaan seperti pengurus Smartcom Consultancy dan Entepreneur Managament & Marketing serta usahawan bagi produk-produk halal.

Keinginan berbakti kepada ummah dan agama sendiri merangsang beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik menjadi Sukarelawan Khas dan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia( PPIM).

Selain itu beliau pernah diberikan kepercayaan menjadi Penaung Pusat Komuniti Muda Gopeng dan seorang Pengamal Perubatan Islam dan Pengamal Perubatan Alternatif.

Dunia politik juga tidak asing baginya kerana penglibatan dalam politik beliau telah bermula ketika masih muda apabila berjaya mengemudi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng sebagai Ketua Pemuda PAS Gopeng dan Exco Pemuda PAS Perak pada tahun 2007 sehingga 2009. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh sewaktu Pakatan Rakyat memerintah Perak pada 2008.

Kini beliau merupakan pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak ( Dun Sungai Rapat ) selepas PRU 13 lalu.