Home Artikel PAS Perak

Bekas Pengurus Bola Sepak Perak Turut Bertanding PRU 14

1,815 views
SHARE

Bekas Pengurus Bola Sepak Perak Turut Bertanding PRU 14

Tidak siapa menyangka disebalik penampilan serban dan bersahaja, beliau pernah diberikan tanggungjawab menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak pada tahun 2008.

Ustaz Norazli Musa walaupun dikenali dengan kelantangan menyampaikan ceramah namun jiwanya begitu dekat untuk membantu golongan yang memerlukan.

Fitrah kasih dan cinta sesama insan membawa beliau melibatkan diri dalam beberapa siri misi kemanusiaan antaranya Misi Tsunami Acheh 2014, Gempa Bumi Kashmir, Gempa Bumi Afghanistan, Misi Kemanusiaan Rohingya dan Kemboja.

Pemegang Ijazah Pertama STA Islam Sumatera Indonesia ini sentiasa memberikan khidmat kepada masyarakat dan bangsa sehingga dilantik berada di posisi penting seperti Mudir SMA Daerah Batang Padang, Bidor (1989), Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah, Perak (1995), Imam Masjid Assyarifah Kampung Tasek dan Pegawai Khas Exco Agama.

Menjadi inspirasi kepada 5 orang anak yang menjadi tulang belakang beliau memanfaatkan pengalamannya melibatkan diri dalam politik melalui Parti Islam Semalaysia [ PAS ].

Beliau dilantik menerajui Dewan Pemuda PAS Perak (2005-2008) sebagai Ketua Pemuda dalam masa sama turut dipilih membarisi kepimpinan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kepimpinan yang menyinar terus membuatkan Ustaz Norazli diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak dan Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Pusat.

PRU 14 kali ini menyaksikan beliau bakal bertanding di P072 Parlimen Tapah demi membawa mesej kesejahteraan rakyat berlandaskan syariat Islam.