Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Markas PAS Masjid Tanah kembali anjur solat Aidilfitri selepas dua tahun

168
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 2 Mei : Solat sunat dan khutbah Aidilfitri kembali dilaksanakan di Markas PAS Kawasan Masjid Tanah, Jalan Hujan Panas, selepas dua tahun tidak dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih 100 orang menyertai ibadat ini dengan Ustaz Abdul Aziz Imran Al Hafiz telah mengimamkan solat dan membaca khutbah sementara bilal bertugas ialah assabiqun PAS, Abdul Wahab Dollah atau lebih dikenali sebagai Pak Awang.

Berikut ialah foto-foto menarik terakam oleh Lensa WARM:

Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman.

Khutbah Aidilfitri oleh Ustaz Abdul Aziz Imran Al Hafiz

Jamuan sarapan pagi yang menjadi tradisi tiap kali selesai solat.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Masjid Tanah bergambar kenangan