Home Berita PAS Perak

Musim Perayaan: Bantu KPDNHEP pantau harga barang kawalan

88
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
1 Mei 2022 | 29 Ramadan 1443

MUSIM PERAYAAN : BANTU KPDNHEP PANTAU HARGA BARANG KAWALAN

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak menyambut baik usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam meneruskan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (HRP) 2022 berkuatkuasa 26 April sehingga 6 Mei 2022 melibatkan sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri.

Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam proses pemulihan sudah tentu memerlukan usaha berterusan dalam memastikan golongan peniaga dapat bersaing dengan sihat dan pengguna tidak terbeban dengan harga yang tinggi khususnya masyarakat berpendapatan rendah.

Sudah tentu penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dibawah KPDNHEP dapat dijayakan dengan lebih berkesan dan menyeleruh serta wajar disambut baik demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya melalui peranan kita bersama.

Antaranya, tindakan melaporkan aduan boleh dilaksanakan melalui lima (5) cara utama iaitu;
(1) WhatsApp; 019-2794317 / 019-8488000
(2) Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
(3) Call Centre; 1-800-886-800
(4) Emel; e-aduan@kpdnhep.gov.my
(5) Apps; Ez ADU KPDNHEP

Justeru, Lajnah Pengguna, DPPN Perak mengambil inisiatif menggerakkan seluruh Ahli Pemuda PAS Negeri Perak dan turut mengajak ahli masyarakat untuk membantu pihak kerajaan dengan membuat pemantauan harga berdasarkan harga barang kawalan di lokasi perniagaan mengikut Parlimen masing-masing.

“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”

Ts ZU HAZMIN BADRI
Pengerusi
Lajnah Pengguna
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

#KenyataanMedia
#PemudaPASPerak
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan