Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM : Sekitar program ‘Sumbangan Raya untuk Anak Yatim dan Asnaf’ PASTI Melaka

118
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS

AYER KEROH, 19 Apr: Seramai 91 orang murid-murid dan anak-anak guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari kalangan anak yatim dan kurang berkemampuan dan 43 orang guru telah diraikan sempena menjelangnya hari raya.

Menurut Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka, Ustaz Norfaizal Nordin, mereka diraikan dengan pembelian baju raya dalam program ‘Sumbangan Raya untuk Anak Yatim dan Asnaf’ yang berlangsung di Pasar Raya Mydin pada Isnin (17 April).

Turut berucap di dalam majlis perasmian yang berlangsung di ruang medan selera Pasar Raya Mydin itu ialah Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Zulhilmi Suboh.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, Pengerusi Majlis Guru PASTI Melaka, Habibah Yaacob dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Azmi Aziz.

Selain pembelian pakaian raya bernilai RM100 setiap seorang, penerima juga menerima duit raya daripada beberapa pihak yang hadir termasuk daripada PASTI Melaka dan dua orang wakil rakyat PAS iaitu Tuan Guru Zulkifli dan Bakri Jamaluddin.

BERIKUT ADALAH FOTO-FOTO MENARIK TERAKAM DI LENSA WARM


SESI TAKLIMAT

Pengarah PASTI Melaka, Ustaz Norfaizal Nordin sedang memberikan taklimat proses pembelian
Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Zulhilmi Suboh menyambut kehadiran Ahli Parlimen PAS Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

 


SHOPPING TIME!

Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail membantu seorang pelajar PASTI mencuba pakaian yang ingin dibeli.
Peace Yo! Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin melayan peminat cilik
“Hensem tak saya?” Kata Ustaz Norfaizal, Pengarah PASTI Melaka
“Nenek nenek si bongkok tiga, malam tahajud siang berjaga, mencari cucu taknak pergi sekolah”
“Jangan bagi cikgu nampak… menyuruk”
“Beli…. beli… 100 lot… iya beli…”
Time bayar

 


MAJLIS PENUTUP DAN PEMBERIAN DUIT RAYA

Tuan Guru Zulkifli menyampaikan ucapan perasmian penutup
Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Zulhilmi Suboh menyampaikan ucapan alu-aluan
Beratur ambil duit raya… alhamdulillah


 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH