PAS DUN Lenggeng dan PAS Kawasan Seremban telah mengadakan program ziarah masyarakat sekitar Taman Panchor Jaya, Seremban yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Saudara Khairul Yazman Yahaya dan Pengarah PAS DUN Lenggeng, Saudara Muhammad Ghazali Abu Bakar.
Selain menziarahi masyarakat, turut diedarkan bersama adalah risalah penerangan dan kalendar tahun 2018.
Respon yang diterima daripada warga Panchor Jaya amat positif dan disenangi. Insha-Allah, PAS tetap komited untuk kekal bertanding di DUN Lenggeng untuk Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 akan datang, sama seperti PRU Ke-13 yang lepas.
#LenggengSejahtera
#SerembanSejahtera
#SejahteraBersamaIslam