Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | 180 Rumah Terima Sumbangan

1786
SHARE

Kuantan, 7 Januari – Sebanyak 180 sumbangan set barangan harian diagihkan kepada 180 buah rumah sekitar Dun Tanjung Lumpur tengahari tadi yang melibatkan kawasan Setinggan, Nelayan & PPRT, Tanah Puteh Feri, Jalan Sentul, Tanah Putih Barat, Teluk Baru dan Tangjung Lumpur.

Program sumbangan ini dianjurkan oleh Pejabat Adun Tanjung Lumpur yang diketuai oleh YB Ust. Rosli, Adun Tanjung Lumpur sendiri dengan kerjasama PAS Shah Alam dan Andar Global yang datang dari Shah Alam pagi tadi untuk menyerahkan sumbangan yang disediakan oleh mereka.

Turut bersama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan dan 20 orang sukarelawan daripada Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) Pahang untuk mengagihkan barang sumbangan tersebut.

Sebelum wakil-wakil PAS Shah Alam berangkat pulang ke Shah Alam, mereka sempat diraikan di Restoran Aniq Steambot, Medan Warisan oleh YB Ustaz Rosli dan juga tajaan oleh Aniq Steamboat sendiri.

Semoga hubungan baik dua hala ini mengukuhkan lagi gerak kerja bagi memenangkan PAS dengan mengetengahkan agenda kebajikan pada PRU14 ini.