Home Berita PAS Melaka

Lemahnya kuasa Adly di Melaka?

1605
SHARE

Oleh: SHAWAL AHMAD

KOTA MELAKA : Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Idris Haron juga bekas Ketua Menteri Melaka banyak berkongsi akan kemajuan dan isu-isu yang melibatkan Dewan Negeri pada Program Santai Petang anjuran PAS Cawangan Desa Duyong bertempat di Warung 12 Malam, Pak Yus Permatang Duyong, Melaka disini semalam.

“Saya berharap pengundi Melayu Islam di DUN Duyong tidak mengulangi kesilapan yang lalu untuk memilih calon sekarang (DAP – Damian Yeo Shen Li) yang hanya mementingkan ‘kuasa’ dan hanya pandai bercakap tetapi tidak membawa kita ke mana-mana,” katanya.

Idris juga mempersoalkan kualiti EXCO DAP, Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang terkenal dengan gelaran ‘YB Gengster’ dan ‘juara penembak babi’. Selepas Norhizam menjadi bahan jenaka kerana isu migrasi Babi Kalimantan ke Melaka melalui Pulau Rupat dan Teori Sawit Antara Punca Empangan Kering.

‘’Umum tahu bahawa taraf pendidikan Norhizam hanya setakat Tingkatan 3 dan beliau sendiri mengakuinya. Beliau Calon Melayu – DAP yang dicalonkan di DUN Pengkalan Batu di negeri Hang Tuah itu.’’katanya.

‘’Kerajaan Negeri Melaka ketika ini sebahagian besarnya diketuai oleh DAP dan kedudukan Adly kini adalah atas ihsan DAP. Perkara ini adalah realiti sebenar yang terjadi di negeri bandaraya bersejarah itu memandangkan di awal pentadbiran Adly Zahari, dia antara pemimpin negeri yang pertama mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC),’’ ulasnya.

‘’Mantan Pesuruhjaya PAS, Adly Zahari dari Parti PAN itu disifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS” dan dianggap sebagai Ketua Menteri Melaka yang lemah dan tidak dapat mengawal ahli exco kerajaan negeri kerana partinya hanya menduduki dua kerusi Dewan Undangan Negeri Dalam Negeri, berbanding DAP lapan kerusi,’’ katanya.

“Cabaran yang kita hadapi pada masa kini amat besar, hal yang remeh menjadi isu besar. Saya puji PAS Melaka yang bijak mengambil peluang dalam medan politik di negeri ini berfikiran terbuka dan tidak terlalu ekstrem terhadap sesuatu perkara agar keharmonian dan perpaduan politik sentiasa terpelihara supaya PAS dan komponen Muafakat Nasional menjadi pilihan rakyat pada masa akan datang,” katanya.

“Apa-apa program pun kalau saya dijemput atas kapisiti Ketua Pembangkang Dewan, dan kalau ada rakyat Melaka yang inginkan informasi dari insha-Allah, saya akan pergi” jelasnya disini.

Program tersebut, mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk setempat walaupun dalam keadaan hujan pada petang itu.