Home Berita PAS Kedah

Lemah lutut lihat rumah sendiri terbakar

54
SHARE

KUALA KEDAH – Terkedu. Itulah perasaan seorang ibu tunggal di Kampung Gunung Hilir selepas melihat rumah yang didiaminya selama ini musnah dalam kebakaran pada Isnin.

Menceritakan detik-detik kejadian mangsa, Ummi Kalsom berkata beliau rebah di bahu jalan melihat keadaan rumahnya itu.

“Mak cik bila sampai rumah tengok-tengok api dah tinggi. Lembut lutut tak tau nak habaq sampai jatuh tersepuk atas jalan,” ujarnya.

Katanya beliau bersama tiga anaknya telah tinggal di rumah itu sejak 17 tahun lalu

Prihatin dengan nasib yang menimpa beliau, Penyelaras DUN Kuala Kedah, Rashidi hadir ke rumah beliau untuk menyampaikan sumbangan.

Tabung bencana telah digerakkan untuk membantu mak cik Umi Kalsom.

Segala sumbangan boleh disalurkan terus atas nama Umi Kalsom binti Hashim (Bank Islam) 02011021122839.

Mohon kepada tuan puan yang dermawan bantulah mak cik Umi Kalsom untuk meneruskan kehidupan dan tempat untuk beliau berteduh.