Home Berita PAS Johor

Lebih banyak program bersama supaya hubungan akrab

108
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 13 Jul : Lebih banyak program bersama parti komponen PERIKATAN NASIONAL supaya hubungan lebih akrab.

“Kalau boleh setiap dua minggu sekali kita berjumpa untuk mengeratkan hubungan.”

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi PERIKATAN NASIONAL JOHOR, YB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal sewaktu ditemuramah di Program Korban Perdana PN Johor di Pusat Sembelihan Mohd Iqbal, Pagoh, semalam.

Beliau yang juga merupakan ADUN Bukit Kepong menyatakan pemilihan Zon Utara sebagai lokasi program bersama kerana kedua-dua DUN yang dimenangi oleh PN sewaktu PRN Johor terletak di Zon Utara (Maharani & Bukit Kepong)

“Harapan saya supaya kita sentiasa saling bantu-membantu untuk memastikan parti kita dikenali ramai dengan kepimpinan yang berintegriti, ramai pimpinan yang menjaga agama dan semoga lebih ramai masyarakat diluar mencintai PERIKATAN NASIONAL”, ujar beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin berasa teruja dengan kerjasama PERIKATAN NASIONAL.

“Saya sangat teruja dengan suasana kerjasama daripada pimpinan dan ahli PERIKATAN NASIONAL khususnya daripada BERSATU dan PAS.

“Semangat gotong-royong yang sangat baik ditunjukkan daripada masyarakat”, jelas Abdullah.

Sebanyak 7 ekor lembu berjaya di tumbangkan dan agihan daging korban kepada peserta, fakir miskin dan masyarakat setempat.

Program Korban Perdana ini turut dihadiri oleh ADUN Maharani, YB Cikgu Aziz Talib, Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz serta pimpinan-pimpinan PAS Kawasan.