Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Lebih 1000 Kenderaan Menyertai Konvoi Balik Mengundi di Kelantan

11343
SHARE

Lebih 1000 Kenderaan Menyertai Konvoi Balik Mengundi di Kelantan

Oleh: Faris Mahfuz

Selebriti, pengarah dan pelakon yang terkenal dengan jolokan Dato’ Sohok dalam Telefilem Pok Ya Cong Codei, Mustapha Kamal Mohd Daud menyeru rakyat Kelantan supaya pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.

“Dalam keadaan macam mana sekali pun, kita selaku rakyat Kelantan kena balik mengundi untuk membantu kerajaan negeri sedia ada sekarang ini terus kekal memerintah Kelantan dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’.”

Beliau mencadangkan supaya mereka yang berada di perantauan supaya saling bantu-membantu mereka yang tiada kenderaan untuk balik mengundi.

Beliau memberitahu peringkatnya akan membuat konvoi balik beramai-ramai ke Kelantan melalui kerjasama anak-anak Kelantan di perantauan.

Setakat ini sudah ada lebih 1000 kenderaan yang turut bersama mengikuti konvoi itu.

“Sesiapa yang nak sertai konvoi terbabit, boleh mesej Abe Mus (nama gelaran). Kita balik mengundi untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan. Jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita insya-Allah.” kata beliau.