Home Artikel PAS Wilayah

Kaum India Tekad Tolak BN dan PH

536 views
SHARE

BATU, 15 April – YDP PAS Batu, Ustaz Azhar Yahya pada petang ini seperti biasa meneruskan aktiviti rutinnya bertemu masyarakat di pasar malam di Taman Sri Kuching, Batu Kentomen.

Pada kesempatan ini, Ustaz Azhar yang menerangkan agenda PAS seperti yang terkandung dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Dokumen Hijau serta Manifesto Malaysia Sejahtera kepada masyarakat dilihat mendapat sambutan yang amat positif apabila ada dalam kalangan pengunjung pasar malam itu turut bertanyakan soalan dan mengemukakan pandangan.

Seorang lelaki India yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai bank dan pengerusi sebuah persatuan masyarakat India turut mengambil peluang menyatakan kekesalannya terhadap integriti pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bermasalah, terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa; dan budaya politik pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang suka menabur fitnah dan mereka persepsi serta suka berbohong.

Tegas lelaki India itu, “Kami masyarakat India di sini sudah nekad untuk menolak kedua-dua BN dan PH”.

Memberikan respon kepada lelaki India itu, Ustaz Azhar Yahya berkata, “Kaum India adalah pengundi yang bijak dan dinamik. Jadi, mesti pilih calon dan parti yang bagus dan mementingkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. PAS bersedia untuk diberikan amanah dan telah terbukti beramanah dengan kuasa yang diberi”.