Home Berita PAS Pusat

Lawatan Universiti Utara Indonesia ke Pejabat Agung PAS

1482
SHARE

Kehangatan Pilihan Raya ke-14 negara kita turut mencuri tumpuan negara jiran, Indonesia.

Terbaru, satu lawatan telah dibuat oleh Pelajar dan Pensyarah Universiti Utara yang diketuai oleh Ketua Jabatan Sains Politik, Dr Wajio.

Kunjungan tersebut merupakan rangka lawatan mereka ke Malaysia dan memilih Pejabat Agung PAS sebagai salah satu tempat untuk dilawati.

Kunjungan seramai 22 orang anggota itu telah diraikan oleh Pen. Setiausaha Agong PAS, Khairul Fahmi Mat Som.

Turut serta adalah Yulizar Parlagutan Lubis, Anggota DPRD Provinsi Sumatera Utara dan Ketua Dewan Pengurus Wilayah (DPW) Partai Persatuan Pembangunan) Provinsi Sumatera Utara.

Menurut Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong, Kehadiran mereka adalah untuk mendapatkan perkembangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-14.

Katanya lagi, rombongan tersebut menyatakan bahawa PAS telah menjadi parti yang perlu dicontohi untuk mentadbir sebuah negara Islam.