PADANG SERAI – Pada 25 Januari 2021, Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasron Othman telah menganjurkan satu lawatan ke PASTI dan SRITI di Kawasan Padang Serai.
Lawatan tersebut dianjurkan adalah bertujuan ingin memantau berkenaan perlaksanaan SOP di kawasan PASTI dan SRITI berikut dalam menjalankan operasi sepanjang tempoh PKP di negeri Kedah ini.
Ustaz Nasron Othman yang juga selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Serai itu juga memberi sedikit sumbangan kepada 30 buah PASTI, 130 orang guru PASTI dan termasuk beberapa orang guru SRITI dalam masa dua hari.
“Penghargaan kepada para guru yang rela berkorban demi anak didik tatkala sedang menghadapi ujian di saat pandemik ini harus kita utamakan,
“Semoga Allah mempergandakan rezeki dan mempermudahkan segala urusan mereka”, ujar Timbalan Ketua Pemuda DDPNK Ustaz Nasrun Othman selepas menyampaikan sumbangan di sini.