Home Berita PAS Johor

Lawatan ke PPS Banjir oleh Ketua Muslimat PAS Johor

709
SHARE

6 Januari, Kota Tinggi – Hujan lebat melanda beberapa daerah Johor awal tahun baharu yang lepas menjadikan Kota Tinggi antara kawasan yang teruk terjejas banjir.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Ustazah Fatimah Ismail, hari ini menyantuni mangsa banjir dengan melawat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan Gembut Mawai, Balai Komuniti dan Surau Kampung Perpat Sedili serta beberapa buah rumah mangsa banjir di sekitar Taman Kota Jaya dan Taman Aman terdiri daripada 100 keluarga. Lawatan turut diiringi Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Tinggi, Azmi Abu, Ketua Muslimat PAS Kawasan, Siti Rosnizah Mostar berserta ahli Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Negeri dan Kawasan.

Ustazah Fatimah turut menyampaikan sumbangan beras, pek makanan, kit kebersihan dan wanita kepada keluarga yang terlibat. Di dalam tazkirah ringkas, beliau menaikkan semangat penduduk yang terkesan dengan banjir bahawa ujian yang dihadapi adalah sebagai tanda kasih sayang Allah.

Menurut Ustazah Fatimah lagi, setiap yang hidup akan diuji oleh Allah SWT. Sabar dan doa merupakan kunci ketenangan kepada setiap dugaan yang melanda.

Lawatan tersebut diakhiri dengan doa semoga dipermudahkan segala kepayahan pasca banjir ini. Hadir sama Ketua Penerangan serta Bendahari Muslimat PAS Negeri Johor, Yuhanita Yunan dan Zakiah Tukirin.